SUNGAI PETANI: Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
Dalam satu kenyataan, Pegawai Pertahanan Awam (PA) Daerah Kuala Muda Kapten PA Azhar Ahmad berkata bagaimanapun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada semua 17 mangsa yang terkesan.
"Kejadian pertama berlaku di Kampung Paya pada kira-kira 4.30 petang, melibatkan sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki berusia 31 tahun.
"Setengah jam kemudian pada 5 petang, kejadian kedua dilaporkan berlaku di Kampung Permatang Pasir, melibatkan sebuah rumah dihuni oleh enam sekeluarga," katanya.
Kejadian ketiga berlaku di Kampung Alor Bemban pada 6 petang, membabitkan tiga buah rumah dengan keseluruhan 10 orang mangsa.
"Keadaan bagaimanapun terkawal. Tidak ada pusat pemindahan dibuka dan kita telah menyerahkan Kit Bantuan Makanan Kecemasan Bencana NADMA kepada mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada semua 17 mangsa yang terkesan. - Gambar hiasan
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 160 - Pegawai
Bencana alam ini kebanyakannya menjejaskan penduduk tempatan di Daerah Barka dan Baghlan-e-Markazi serta angka korban dijangka meningkat.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
21 rumah rosak akibat ribut di Baling
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Ribut musnahkan bumbung lima buah rumah di Sungai Petani
Lima buah rumah di tiga buah kampung di sini, mengalami kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut yang berlaku secara berperingkat petang semalam.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
20 rumah rosak dibadai ribut
Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.
214 rumah rosak dipukul ribut di Segamat
Kejadian pada jam 4.45 petang itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Menjelang minggu akhir Ramadan, Kota Mekah diramal hujan
Keadaan cuaca sama turut dijangkakan di Madinah, yang diramal hujan pada Selasa dan Rabu.